Mesyuarat: Minggu Ayuh Sejahtera dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017

 26 Julai, SMKBS - Mesyuarat bersama Program Minggu Ayuh Sejahtera (MASPT) Pendidikan Terengganu dan Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) 2017 telah diadakan dengan jaya di Bilik Gerakan SMK Bukit Sawa bermula pukul 2.30 petang.

Mesyuarat MASPT yang bertemakan "Sentiasa Selamat" dipengerusikan oleh PKHEM, Encik Mat Nasir bin Ibrahim sementara MAK dipengerusikan oleh PKP. Encik Sabri bin Mohd Nor telah memutuskan beberapa perkara berkaitan program yang bakal dilaksanakan. Guru-guru yang terlibat telah maklum dan sedia bertindak ke arah menjayakan program tersebut.

MASPT adakan dilaksanakan selama seminggu bermula 27 Julai 2017. Antara aktiviti yang telah diselaraskan peringkat negeri ialah bermula dengan pemasangan kain rentang, diikuti dengan Ujian Pra, pelancaran, Pesan Bestari - Saya Sejahtera, Saya Sejahtera dalam PDP, Bacaan Doa Pagi Saya Sejahtera, Tazkiatun Nafs: Saya Sejahtera dan berakhir dengan Ujian Pos Program.

MAK pula akan diadakan pada 3 Ogos 2017 (Khamis) dan disasarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam Peperiksaan Awam dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 untuk menimbulkan rangsangan dan dorongan supaya semua murid berusaha menempa kejayaan dalam pelajaran.