Kursus Simulasi Haji Pelajar Tingkatan Lima Tahun 2017/1438H


27 JULAI (KHAMIS) - Semua pelajar Tingkatan Lima seramai 186 orang diwajibkan menyertai Kursus Simulasi Haji yang diadakan di lokasi khas bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Panitia Agama Islam, Badan Dakwah dan Surau Al-Taqwa SMK Bukit Sawa.

Bermula dengan simulasi pemakaian Ihram hinggalah pelaksanaan semua rukun haji dilakukan dengan teratur dan sempurna di bawah bimbingan dan kerjasama semua guru yang terlibat.

Pada akhir program diadakan sesi kuiz spontan kepada semua peserta dan diikuti dengan solat Zohor berjemaah.


Objektif Program

1.  Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran salah satu daripada sukatan  pelajaran Pendidikan Islam tingkatan Lima.

2.  Melaksanakan salah satu daripada program keagamaan seperti yang dirancangkan

3. Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep ibadat haji dan umrah melalui pengalaman mengerjakannya secara simulasi.

4.  Memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar.
        
5.  Memudahkan para pelajar untuk menjawab soalan mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam peperiksaan SPM nanti.