Pelancaran Tagline Sawa SPARK

4 Januari 2017 (Rabu) - Majlis Pelancaran dan Perasmian Tagline baru SMK Bukit Sawa telah disempurnakan oleh Tuan PPD Marang, Encik Mohd Adnan bin Salleh@Abd Ghani. Majlis tersebut berlangsug di dewan sekolah di hadapan 1110 murid disaksikan Tuan Pengetua, Encik Abu Hasmadi bin A. Bakar, YDP PIBG, Encik Rosdi bin Abdullah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPD Marang), Encik Abdul Rahim bin Mat Zain.

          Akronim Tagline baru SMK Bukit Sawa, SPARK untuk guru ialah Strategi Proaktif Arkitek Reformasi Keterbilangan VS murid Sel Proaktif Agen Respirasi Kecemerlangan. Semoga tagline tersebut dapat meletuskan Sawa Spirit, Score 'A' Win All ke arah keberhasilan terhadap kesinambungan usaha oleh semua pihak warga SMK Bukit Sawa.

          4 Januari dipilih sebagai tarikh pelancaran sempena meraikan sambutan ulang tahun penubuhan SMK Bukit Sawa yang ke-47. Dalam perutusan tahun baru, tuan Pengetua mengajak semua guru melakukan transformasi bagi memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah Kelestarian Pendidikan Malaysia mengikut trend glokal dengan membudayakan amalan kerja prestasi tinggi dan fokus kepada keberhasilan dan penghayatan terhadap dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Terengganu.





















 Sawa Style, "S" menjadi kebanggaan warga SMKBS.