Solat Hajat Bersepadu

Binjai Rendah, 6 Okt. - Program Solat Hajat dan bacaan Surah Yasin bersepadu hasil permuafakatan seluruh warga sekolah dengan ibu bapa dan penjaga serta masyarakat setempat telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Binjai Rendah. Persediaan telah bermula seawal enam petang.

          Solat hajat diimamkan oleh al-Fadhil Ustaz Azharuddin bin Hassan. Beliau juga turut memimpin bacaan surah Yasin. Tuan Pengetua, Encik Abu Hasmadi dan seluruh barisan pengurusan sekolah hadir bersama-sama semua guru dan pelajar khususnya murid tingkatan tiga, lima dan enam. Dalam ucapan ringkas, beliau memaklumkan bahawa program ini diadakan adalah sebagai kesinambungan ke atas segala usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru sejak awal tahun lagi. Kita berusaha dan kini kita bertawakkal kepada Allah semoga anak-anak kita sentiasa berada di landasan yang betul hingga ke penghujungnya. Tidak ketinggalan turut hadir ialah tenaga penggerak permuafakatan ini yang diterajui oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Rosdi bin Abdullah dan semua barisan ahli jawatankuasa PIBG.

          Kehadiran semua pihak yang sangat memberangsangkan ini memberi gambaran yang sangat bermakna kepada semangat solidariti keluarga besar SMK Bukit Sawa. Semoga sambutan sebegini menjadi pemangkin kepada peningkatan semangat dan usaha untuk berjaya dalam pendidikan anak-anak khususnya yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM tahun ini.

 Masjid Kampung Binjai Rendah, Marang, Terengganu


Tuan Pengetua sedang menyampaikan ucapan ringkas. Turut kelihatan ialah Tuan Imam dan YDP PIBG.

Bacaan Surah Yasin

Paling kiri: YDP PIBG, Encik Rosdi bin Abdullah.

Mengamimkan bacaan doa.


Dari tengah tiga ke kiri:
Tuan Pengetua, Encik Abu Hasmadi bin A. Bakar, PK HEM dan GKMP Voktek.
Dari tengah tiga ke kanan:
Tuan Imam, Ustaz Azharuddin bin Hassan dan dua barisan pentadbiran masjid.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

- SCORE 'A' WIN ALL -