Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2016

SMKBS, 8 Okt. 2016 - Hari ini berlangsung satu program perdana yang melibatkan semua kumpulan dan lapisan masyarakat di seluruh negara iaitu Hari Sukan Negara. SMK Bukit Sawa turut melaksanakannya seawal 7.45 pagi. Beberapa acara telah disusun bermula dengan acara senamrobik, diikuti dengan berjalan kaki 10,000 langkah, acara sukan guru dan PIBG, permainan bola tampar (lelaki) dan bola jaring (perempuan), persembahan dan nyanyian oleh pelajar, ahli dan jawatankuasa PIBG dan guru-guru. Sepanjang persembahan berlangsung diselitkan dengan cabutan nombor bertuah oleh pengurusan dan PIBG.


          Senamrobik dijayakan dengan kerjasama instruktor jemputan dari SMK Seri Serating dan melibatkan lebih 600 orang peserta. Acara berjalan kaki 10,000 langkah melalui laluan sekitar taman perumahan di belakang sekolah. Permainan bola tampar dan bola jaring menemukan beberapa pasukan gabungan pelajar, guru dan wakil PIBG.

          Bagi acara persembahan dan nyanyian, penyertaan terbuka kepada semua warga sekolah. Persembahan nyanyian berbantukan tayangan lagu-lagu karaoke dan kumpulan muzik sekolah. Lagu-lagu persembahan dinyanyikan oleh beberapa orang pelajar, wakil PIBG dan guru-guru termasuklah YDP PIBG dan Tuan Pengetua sendiri.

          Program hari ini berjalan dengan lancar sehingga tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Semoga aktiviti sebegini mendatangkan faedah yang berguna kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.

- Score 'A' Win All -





Kredit: Cg. Ismail Ngah (gambar)