Sambutan Bulan Kebangsaan 2016

30 Ogos 2016 (Selasa): Sehati Sejiwa - Tema sambutan Bulan Kebangsaan 2016 merupakan kelangsungan semangat tahun sebelum ini yang mesti dihayati oleh seluruh warga sekolah ini selari dengan sambutan peringkat kebangsaan. Suasana meriah dapat dirasakan oleh hadirin pada malam ini yang sama-sama menyambut program ambang merdeka yang bermula di dewan sekolah.