Program Permuafakatan Keterbilangan Daerah Marang

Program Permuafakatan Keterbilangan Daerah Marang telah diadakan pada hari ini di Dewan Majlis Daerah Marang melibatkan seluruh warga pendidikan daerah Marang. Majlis ini telah diserikan oleh Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan dan turut dihadiri Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pegawai Pendidikan Daerah Marang, En Mohd Adnan bin Salleh @ Abd Ghani, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Marang. 

Warga SMKBS mengucapkan tahniah atas pelantikan Yang Berhormat atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Semoga pendidikan Daerah Marang akan terus muncul sebagai Daerah yang terbaik di bawah naungan YB A. Latiff bin Awang.