Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Terengganu 2016

Pada 11-13 Ogos 2016 (Khamis-Sabtu) telah berlangsung Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Terengganu yang menemukan lapan daerah; Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus (Tuan Rumah), Setiu dan Besut. Penginapan peserta dan aktiviti kawad bertempat di SMKA Dato' Haji Abbas, acara mara lasak dan pandu arah dijalankan di kawasan berhampiran manakala bagi acara rentas halangan menggunakan kemudahan di dalam kawasan Kem Seri Pantai yang menempatkan Batalion Ke-18 Ragimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD). Acara menembak dijalankan secara terkawal di Lapang Sasar PDRM, Lembah Bidong, Setiu.

          Pencapaian keseluruhan perkhemahan kali ini mempamerkan Kontinjen Marang mendapat tempat KEDUA di belakang Kontinjen Kemaman. Kontinjen seramai 30 peserta ini diwakili oleh beberapa buah sekolah sebagaimana pecahan berikut:

SMK Tun Telanai - 6 orang
SMK Seri Payong - 8 orang
SMK Bukit Sawa - 7 orang
SMK Pengkalan Berangan - 1 orang
SMA Marang - 2 orang
SMK Tengku Lela Segara - 1 orang
SMK Rusila - 2 orang
SMK Seri Serating - 3 orang

WAKIL SMK BUKIT SAWA:






















Squad leader mengalami kecederaan bahu pada malam persediaan untuk kawad pagi esok.

AlhamduliLlah... mendapat rawatan daripada Pembantu Perubatan di Klinik Mengabang Telipot
pada pukul 11.30 malam. Terima kasih.

Seorang alahan (gatal), tiga orang demam dan seorang cedera bahu.















 

Barisan jurulatih bersama peserta.




Hanya mampu berpuas hati apabila menduduki tempat kedua dalam persaingan memburu juara... respect Kemaman selaku juara.

Score 'A' Win All

Gambar dan nukilan: Mohd Fauzi