Perhimpunan dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMKBS

Perhimpunan pagi ini 7 Ogos 2016 telah diadakan dan turut dihadiri oleh Inspektor Mohd Muslim bin Yusof merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah dan Pegawai NBOS dari IPD Marang. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu SMKBS seterusnya laporan bertugas dwi mingguan dari Cikgu Fauzi. 

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Penyertaan NBOS Summer Camp Siri 2 dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua pegawai yang terlibat. Seterusnya majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderamata dan Sijil Program 4PN9T dan Laporan dan Persembahan Montaj Pelaksanaan Program 4PN9T dari wakil peserta yang terlibat. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Kecemerlangan terhadap murid yang memperoleh Johan dalam Pertandingan Poetry dalam Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri baru-baru ini. Majlis Sambutan Hari Lahir bagi guru pada bulan Julai 2016 dan Penyampaian Sijil dan Piala Pusingan Kelas 3K juga turut diadakan pada hari ini. 

Warga SMKBS mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan hadiah atas kecemerlangan yang ditempa dalam mengharumkan nama SMKBS di peringkat daerah dan kebangsaan. Semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang lebih baik kearah kemenjadian murid dalam menuju kearah kecemerlangan dan keterbilangan SMK Bukit Sawa. 

"Score 'A' Win All"