Pelaksanaan Program Akademik PT3 dan SPM

Pada hari ini 13 Ogos 2016, program akademik dijalankan secara serentak di kawasan yang berasingan. Kem Bahasa Melayu PT3 Fasa 2 sedang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun SMKBS. 

Murid Tingkatan 5 tekun dalam persiapan akhir menjelang peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula esok. 

Kem Kimia Daerah Marang sedang dijalankan di Anggulia Beach Resort bagi murid Tingkatan 5. 

Semoga usaha berterusan ini diterima Allah dan dipermudahkan urusan dan dikurniakan ganjaran di dunia dan di akhirat. 

"Score 'A' Win All"

Kredit gambar dan nukilan:
Cikgu Fazidah - SPM
Cikgu Marisah - PT3
Cikgu Khairin - Anggulia