Lawatan Pra U SMKBS Hari Kedua

Lawatan Penanda Aras Pra Universiti SMKBS diteruskan lagi ke SMK Sultan Ibrahim 2 yang merupakan sekolah yang terbaik di negeri kelantan dari segi pencapaian pelajar Pra Universiti dalam bidang akademik di peringkat kebangsaan dengan 3 murid memperoleh pencapaian 4.0 pada tahun lepas dan juga memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap pengurusan Pra Universiti yang cemerlang dan sistematik.

Majlis Tautan Ukhwah diadakan di Bilik Mesyuarat An Nur SMKSID dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua En Sabri bin Abdullah seterusnya ucapan dari Penolong Kanan Pra Universiti SMKBS Pn Hayati bt A Rahman kemudian sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Seterusnya diadakan pembentangan Slaid oleh Penolong Kanan Pra Universiti YM Pn Hjh Tuan Norizan bt Raja Salleh dan Guru Kokurikulum Pra Universiti En Hanapi bin Yusoff. Kemudian peserta rombongan dibawa melawat ke bangunan Pra Universiti SMKSID dan kawasan sekitar. 

Adalah diharapkan program seperti ini dapat menghasilkan murid yang memperolehi pencapaian yang terbaik seperti kecemerlangan yang telah ditempa oleh SMKSID dan Warga SMKBS mengalu-alukan lawatan balas ke sekolah kami. Tahniah diucapkan kepada semua. 

"Score 'A' Win All"