Lawatan Penanda Aras Pra-U SMKBS Hari Pertama

Lawatan penanda aras Pra Universiti SMKBS hari pertama telah diadakan di UiTM Machang dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat UiTM. Program ini dijalankan dengan tujuan memberi perangsang kepada pelajar Pra-U dan seterusnya memberi bimbingan secara tidak langsung kepada mereka terhadap sasaran mereka untuk ke universiti dan perjalanan selepas STPM nanti. 

Sepanjang program yang diadakan ini pelajar didedahkan dengan kemudahan yang terdapat di UiTM dan gaya hidup seorang mahasiswa dan mahasiswi di sana. Tahniah diucapkan kepada Pengurusan Pra Universiti dan diharapkan program ini dapat memberi inspirasi kepada mereka dan dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. 

"Score 'A' Win All"