Kem Sains Pertanian SPM Daerah Marang 2016

2 Ogos 2016 (Selasa) - Bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Bukit Sawa telah berlangsung Kem Sains Pertanian Daerah Marang. Kem ini disertai oleh 50 peserta daripada tiga buah sekolah iaitu SMK Bukit Sawa, SMK Seri Payong dan SMK Rusila.

      Kem ini dijayakan sebagai usaha memberikan pendedahan teknik dan kemahiran menjawab soalan kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Fasilitator terdiri daripada guru-guru mata pelajaran berkenaan daripada sekolah-sekolah yang terlibat diketuai oleh GC Abdul Hazam bin Abd. Ghani. Semoga usaha ini memberi manfaat dan seterusnya membantu para calon memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.

      Tahniah kepada penganjur yang telah menjayakan kem ini demi kejayaan anak-anak pelajar.















Selamat Maju Jaya