Ikrar Komitmen Calon Peperiksaan Awam 2016



IKRAR KOMITMEN PENCAPAIAN CALON PEPERIKSAAN 2016 - 16 Ogos (Selasa): Sekumpulan wakil calon peperiksaan awam diketuai oleh Khairul Aizat bin Zali Armi dari Tingkatan 6 telah menyatakan ikrar dan iltizam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan beroleh pencapaian yang terbaik dalam semua peringkat peperiksaan. Ikrar tersebut dinyatakan secara bersama oleh semua murid disaksikan oleh PK HEM, Cikgu Mat Nasir bin Ibrahim dan semua guru yang hadir.
        Semoga ikrar yang dinyatakan itu menjadi momentum dan kesinambungan kepada segala usaha dan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan sebelum ini. Memandangkan calon-calon peperiksaan berada dalam 'mood' peperiksaan percubaan yang sangat menekankan aspek keesahan keputusan yang bakal diperolehi, adalah menjadi tanggungjawab untuk masing-masing berlaku jujur dalam pelaksanaannya.
        Selamat belajar dan selamat mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.

        Score 'A' Win All