Taklimat Persediaan 'Summer Camp' Program Remaja Berwawasan Negeri Terengganu Siri 2/2016

19 Julai 2016 (Selasa) - Taklimat persediaan untuk peserta 'Summer Camp' Program Remaja Berwawasan Negeri Terengganu Siri 2/2016 telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun pada pagi ini. Taklimat tersebut dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang. Peserta kem terdiri daripada ahli-ahli National Blue Ocean Strategy (NBOS) SMK Bukit Sawa di bawah bimbingan Cg. Mohd Kamil bin Haji Saari bersama tiga orang kaunselor sekolah.
         Taklimat disampaikan oleh Koperal Roslan dari IPD Marang. Turut hadir ialah Inspektor Mohamad Muslim bin Yusop dan Tuan Pengetua, Encik Abu Hasmadi bin A. Bakar.
         Program tersebut dijangka diadakan pada 24-28 Julai 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Dungun, Terengganu anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
         Dalam taklimat tersebut ditekankan soal disiplin diri dan kelengkapan yang perlu dibawa. Para peserta hendaklah menjaga nama baik diri, sekolah dan keluarga. Semoga program ini memberikan impak yang positif dan berkesan kepada peserta ke arah menjadikan mereka kumpulan belia yang berwawasan dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk masa hadapan.