Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2016

Pada 14 Julai bersamaan Khamis SMKBS telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang telah diadakan dengan meriah dan sambutan yang menggembirakan oleh semua. Majlis yang diadakan ini dihadiri oleh Tuan PPD Marang, PIBG, JK Alumni dan Mantan Pengetua SMKBS. 

Majlis diadakan dengan semua murid membawa juadah yang telah ditempah mahupun dimasak sendiri oleh ahli keluarga mereka dan disediakan di kelas masing-masing. Majlis ini dilihat berkesan dalam mengeratkan silaturahim sesama warga SMKBS dan konsep guru penyayang diterapkan secara jelas dalam majlis sambutan yang telah berlangsung ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. 

Warga SMKBS mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua!

Score 'A' Win All