Sambutan Hari Raya Asrama SMKBS

Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di asrama dan diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG, En Rosdi bin Abdullah, Tuan Pengetua En Abu Hasmadi bin Abu Bakar, PK HEM En Mat Nasir bin Ibrahim dan Pengurusan serta AJK Asrama SMKBS. 

Selain hidangan yang menyelerakan, murid juga dihiburkan dengan dendangan lagu raya serta sesi mohon maaf sesama warga asrama. 

Selepas majlis sambutan hari raya, Majlis Pembubaran Kabinet Biro Asrama juga dilakukan bagi memberi laluan kepada proses Pilihanraya Biro Asrama bagi tahun 2017. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Selamat mengundi bagi murid asrama SMKBS, tunaikan tanggungjawab anda sebaiknya.