Projek Sains Pertanian Penanaman Kailan SMKBS

Projek Penanaman Kailan diterajui oleh Cikgu Hazam yang telah bermula pada 17 Jun dan sedia dituai pada hari ini. Tanaman kailan ini sedia untuk dijual kepada guru dan staf, ibubapa dan murid untuk dinikmati bersama bebas racun organik dan segar dipelihara. Hasil jualan ini akan disalurkan terus bagi pembelian benih baru untuk tanaman yang seterusnya. Inisiatif tanaman ini ialah dengan memberi pemahaman kepada murid secara meluas terhadap sains pertanian dan fertigasi yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara yang kreatif. 

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Hazam dan semua murid yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti ini. Untuk sebarang pembelian, boleh berjumpa dengan Cikgu Hazam di sekolah kami. Dapatkannya sementara stok masih ada!

Kredit gambar: Cikgu Hazam