PROGRAM JELAJAH 1BELIA 1KEMAHIRAN MAJLIS BELIA MALAYSIA (TERENGGANU)

Pada hari ini telah diadakan Program Jelajah 1Belia 1Kemahiran (1B1K) di Dewan Ibnu Khaldun SMK Bukit Sawa diserikan dengan kehadiran En Mohd Zaidi bin Muda, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu. Program pada hari ini juga turut dihadiri oleh murid dari SMK Merchang yang turut mengambil peluang dalam memantapkan hala tuju murid sekolah menerusi program 1B1K ini. 

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan dari Tuan Pengetua En Abu Hasmadi bin Abu Bakar seterusnya Ucapan Perasmian dari En Mohd Zaidi bin Muda dan diikuti dengan pameran yang diadakan meliputi Program 1B1K, Perkongsian Pengalaman, Demo Kemahiran dan Penerangan Pembiayaan Pengajian. Selepas itu murid didedahkan dengan Ceramah Kerjaya dari Agensi Pameran program pada hari ini. 

Warga SMKBS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Mohd Zaidi bin Muda atas kesudian beliau dalam menganjurkan program di SMKBS yang memberi manfaat yang besar kepada murid dalam pemilihan kerjaya dan masa depan mereka.