PROGRAM INTERVENSI KECEMERLANGAN MATEMATIK SPM FASA 1 DAERAH MARANG TAHUN 2016

Pada hari ini satu program anjuran Panitia Matematik Daerah Marang dengan kerjasama PPD Marang melibatkan 40 orang murid telah diadakan di Bilik Seminar SMK Seri Payong. 

Program ini diadakan dengan pemilihan kepada 40 orang murid yang memperoleh pencapaian minimum C bagi subjek matematik bagi penilaian OTI 1. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.