Program bersama Komuniti Kampung Lonek 4PN9T-B2BS

Satu program bersama komuniti yang disertai oleh peserta 4PN9T-B2BS SMK Bukit Sawa dan SMK Bandar Baru Serting telah diadakan di Homestay Kampung Lonek, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi meraikan semua yang hadir dan merapatkan silaturahim sesama penduduk setempat. 

Program dimulakan pada 9.30 pagi dengan lawatan ke Perusahaan Kampung Lonek industri pembuatan desa seterusnya bergambar kenangan di Rumah Tradisional Negeri Sembilan. 

Aktiviti Sukan Rakyat dimulakan pada 11.00 pagi yang terdiri daripada Tarik Upih, Kelereng, Bowling Kelapa dan Semakin Jauh Semakin Sayang. Kemudian, peserta pertandingan menyertai aktiviti 'Mengocha Ikan', Mengacau Dodol dan Mengempeng Padi. Selepas mandi dan makan tengahari, murid dibawa melawat kawasan Kampung Lonek seterusnya solat Asar kemudian menikmati jamuan yang disediakan oleh Tuan Haji Yusoff bin Sulaiman mantan Pengurusan PPD Jempol, Negeri Sembilan. 

Peserta 4PN9T-B2BS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian komuniti Kampung Lonek menjemput kami bersama-sama dalam aktiviti komuniti yang diadakan pada hari ini. Semoga murid semua dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman bagi dikongsi bersama rakan-rakan sekembalinya mereka dari Negeri Sembilan nanti.