PROGRAM 4PN9T DAN SESI MOU SMKBS BERSAMA SMSTSP

Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang sebelum ini maka hari ini bermula satu pengalaman baru bagi 16 murid Tingkatan 2 dan 16 Murid Tingkatan 4 SMKBS dalam menyertai Program Perkongsian Pintar Perlis-Negeri Sembilan-Terengganu (4PN9T). 

Majlis disempurnakan dengan ucapan aluan dan persembahan montaj SMSTSP kemudian sesi suaikenal bersama peserta program disusuli dengan sesi menandatangani MoU diantara Pengetua SMKBS En Abu Hasmadi bin Abu Bakar dan Pengetua SM Sains Tuanku Syed Putra En Adnan bin Haron. Program yang telah dirancang sekian lama ini bertujuan mensasarkan murid dalam menimba ilmu dalam suasana yang berlainan seterusnya memberi motivasi kepada mereka dalam memberi anjakan terhadap prestasi mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. 

Adalah diharapkan program ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan membuahkan hasil yang positif terhadap kerjasama dua hala antara 2 buah sekolah demi kebaikan pelajar bersama. InsyaAllah.