MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DAN PROGRAM KELUARGA ANGKAT PERKONGSIAN PINTAR B2BS

Pada hari ini telah bermula satu lembaran baru di dalam SMKBS di mana program rasmi Perkongsian Pintar B2BS di SMK Bandar Baru Serting dengan kerjasama jawatankuasa komuniti Felda Raja Alias 4. Dalam majlis ini juga Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman juga telah dilaksanakan dengan jayanya. 

Adalah diharapkan dengan program ini terlaksana semoga ia akan menjalin ukhwah yang positif dan juga merupakan satu peluang bagi murid menimba ilmu di dalam persekitaran yang berbeza, harmoni dan kondusif. Tahniah kepada Pengurusan Jawatankuasa Felda Raja Alias 4, Pengurusan SMKBBS dan juga Pengurusan SMKBS dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program yang bersejarah ini.