Pertemuan bersama Alumni SMKBS

Satu pertemuan khas telah diadakan antara Tuan Pengetua En Abu Hasmadi bin A Bakar, YDP PIBG En Rosdi Abdullah, KB Votek En Juhari Seman bersama dengan En Ismail bin Salleh, Timbalan Pengerusi Alumni SMKBS dan Tn Hj Mohd Ariffin bin Osman Setiausaha Alumni SMKBS. 

Hj Ariffin dan En Ismail merupakan generasi kedua selepas penubuhan SMKBS pada tahun 1970. Hj Arifin merupakan bekas pemegang jawatan juruteknik daerah marang manakala En Ismail pernah mencurahkan bakti sebagai Guru Besar di SK Rawai. 

Pertemuan ini diadakan bagi melaksanakan perancangan majlis sambutan hari raya yang akan diadakan pada hari sabtu ini dengan anjuran bersama Alumni SMK Bukit Sawa. Adalah diharapkan dengan pertemuan ini merupakan satu titik permulaan ke arah satu jalinan mesra di antara bekas pelajar dan pembentukan program yang lebih baik di antara warga SMKBS.