Majlis Post Mortem 4PN9T

Satu sesi Post Mortem diadakan bersama AJK dan murid 4PN9T telah diadakan di Dewan Fatimah Az-Zahra SMKBS. Semua peserta bertindak membentangkan laporan aktiviti dan kegiatan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum selama 14 hari mereka berada di 3 sekolah berasingan dan menginap mengikut pembahagian kumpulan masing-masing. Setiap peserta begitu seronok berkongsi idea dan pengalaman mereka dalam program yang telah diadakan ini dan merasakan mereka ingin diberi lebih masa dalam menyertai program antara negeri ini. 

Warga SMKBS mengucapkan tahniah dan terima kasih atas pengurusan 4PN9T, Pengurusan sekolah peserta iaitu SMK Tuanku Syed Putra Kangar, SM Agama Sains Kuala Pilah, SMK Bandar Baru Serting bersama Pengurusan Felda Raja Alias 4 yang komited dalam memastikan program yang diadakan berjalan dengan lancar. 

"Score 'A' Win All"