Majlis Perpisahan Program 4PN9T B2BS SMKBS-SMKBBS

Program B2BS antara SMK Bukit Sawa dan SMK Bandar Baru Serting telahpun sampai ke penghujungnya bagi sesi kali ini. Satu majlis perpisahan telah diadakan dan dihadiri oleh semua warga SMKBBS. Warga SMKBS mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan yang meriah dan kemesraan serta layanan baik yang telah diberikan kepada semua peserta dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kita menghasilkan respon positif terhadap kejayaan murid pada tahun hadapan dan seterusnya, InsyaAllah.