Majlis Penutup Program Anak Angkat 4PN9T 2016

Majlis penutup Program Anak Angkat 4PN9T anjuran FELDA Raja Alias 4 Jempol, Negeri Sembilan. Warga SMKBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FELDA kerana sudi mencurahkan bakti dengan memberi peluang kepada anak murid SMKBS bagi menimba ilmu dan pengalaman yang berguna bagi masa depan mereka. Kami berharap kerjasama seperti ini akan diteruskan lagi di masa yang akan datang. Semoga hubungan yang terjalin ini kekal hendaknya dan terus memberi manfaat kepada murid semua. 

Score 'A' Win All