Majlis Penutup 4PN9T SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis

Delegasi SMKBS telah tiba pada pagi ini bagi membawa pulang peserta 4PN9T di SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis. Warga SMKBS mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak SMSTSP bagi menyambut kehadiran kami selama 2 minggu dalam Program Perkongsian Pintar yang banyak menghasilkan proses pembelajaran berterusan di dalam dan di luar kelas kepada semua peserta, guru dan staf yang terlibat.  Semoga jalinan mesra yang terjalin antara SMKBS dan SMSTSP berkekalan hingga ke masa hadapan, InsyaAllah.