Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian bantuan dan Zakat

Pada hari Khamis bersamaan 30 Julai 2016, satu Majlis Khatam Al-Quran dan bantuan Hari Raya kepada murid anjuran Badan Dakwah dan Musolla SMKBS telah diadakan bagi memupuk generasi cintakan Al-Quran di kalangan generasi muda dan meraikan kejayaan murid dalam bertadarus di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Selain dari itu, bantuan khas Hari Raya telah diberi oleh PK Pentadbiran Cikgu Yusof, PK HEM Cikgu Mat Nasir bersama Ketua Bidang Votek Cikgu Juhari. Bantuan zakat juga telah diberikan kepada murid-murid asnaf oleh wakil dari Bank Rakyat yang juga bersama-sama menyerikan majlis pada hari tersebut. 

Warga SMKBS mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan pihak Bank Rakyat dalam memberi sumbangan berbentuk zakat kepada murid asnaf dan kurang berkemampuan di sekolah kami. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan majlis yang telah diadakan semoga ketibaan Syawal ini memberi makna kepada semua.