Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Jenazah di Surau Perumahan Cerang Guling

Pada malam ini warga SMKBS mengadakan bacaan Yaasin dan Tahlil di surau At-Taqwa selepas solat Maghrib atas kepulangan Allahyarham Mukhriz Aiman bin Rosdi kerahmatullah. Selepas solat Isya' semua murid asrama bergegas ke Surau Perumahan Cerang Guling bagi menziarahi Allahyarham dan memberi penghormatan terakhir disusuli dengan bacaan Yaasin dan Solat Jenazah. 

Warga SMKBS mengucapkan takziah kepada YDP PIBG En Rosdi bin Abdullah dan keluarga dan berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin hendaknya.