Amanat Tuan PPD bersempena 4PN9T

Pada pagi ini satu perjumpaan khas telah diadakan dan Tuan PPD Marang sudi bertemu dengan murid 64 orang murid SMKBS dan memberi amanat terakhir sebelum bermulanya program Program Perkongsian Pintar Pelajar Perlis - Negeri Sembilan - Terengganu (4PN9T). 

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan PPD Encik Mohd Adnan bin Salleh atas amanat yang telah disampaikan. Kami akan menjunjung amanat yang diberi dan akan memastikan apa yang telah dirancang akan dilaksanakan dan dijayakan sebaik mungkin dalam merealisasikan jalinan antara 3 buah negeri demi kecemerlangan murid di SMKBS.