Temu Murni Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Temu Murni Pelajar Tingkatan 3 dan 5 telah diadakan pada hari ini bersama ibu bapa dalam membentang dan menilai prestasi semasa murid SMK Bukit Sawa. Selain itu, ibubapa juga diberi pendedahan terhadap usaha yang telah dilakukan dalam mencapai kecemerlangan mereka dalam peperiksaan yang bakal menjelang. 

Warga SMKBS mengucapkan terima kasih atas kesudian ibubapa dalam menghadiri majlis yang telah diadakan. Semoga kerjasama yang terjalin akan membuahkan hasil yang memberangsangkan demi kejayaan anak-anak SMKBS, insyaAllah

Kredit gambar: Tn. Hj Shallahuddin Abdullah