Smart Partnership bersama SMK Sains Tuanku Syed Putra

Alhamdulillah, pada hari ini Tuan Pengetua En Abu Hasmadi bersama KB Kemanusiaan merangkap Pengerusi Projek Pn Nozna, Pn Roswati, Pn Nor Azhan dan En Khairul Aizuddin melawat ke Sekolah Menengah Sains S' Putra dalam "Smart Partnership" bagi pelaksanaan "Best Sharing Through School Programme (BSTSP)"

Ini merupakan pertama kali diadakan perkongsian pintar bersama warga pendidik dari utara. Kami berharap pihak kami dapat menghantar dalam 25 murid Tingkatan 2 dan 4 selama dua minggu dalam sesi yang ulung kali diadakan dalam memberi motivasi kepada murid yang mendapat keputusan yang terbaik selepas peperiksaan dan sebagai ganjaran berbentuk kecemerlangan kepada mereka.