Sesi Perjumpaan Khas dan Taklimat Disiplin NBOS IPD Marang

Pada hari ini telah diadakan satu sesi perjumpaan khas dan taklimat kesedaran disiplin dan keselamatan murid bertajuk "Rogol dan Remaja; Gejala Semakin Membarah di Terengganu" khususnya kepada murid perempuan di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS). Taklimat pada hari ini disampaikan oleh ASP Mohd Rafii bin Shaari KBKA diiringi oleh Inspektor Mohamad Muslim bin Yusop, I/O Trafik merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Marang, Terengganu. 

Diharap dengan ini murid khususnya murid perempuan lebih peka terhadap keselamatan dan kesedaran terhadap isu sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.