SEKOLAH PENYAYANG: PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA KE RUMAH MURID OLEH TUAN PENGETUA, PENGURUSAN SEKOLAH DAN BADAN DAKWAH DAN MUSOLLA SMKBS

Pada hari ini pihak pengurusan sekolah diketuai oleh Tuan Pengetua En Abu Hasmadi bin Abu Bakar diiringi Penolong Kanan HEM En Mat Nasir bin Ibrahim bergerak bersama Badan Dakwah dan Musolla Ustaz Che Wan Adnan bin Che Wan Nordin. Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan guru penyayang di kalangan masyarakat serta memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Selain itu pihak pengurusan sekolah secara tidak langsung dapat berjumpa bersama keluarga murid dan mengeratkan silaturahim sesama warga SMKBS. Semoga usaha ini akan dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban seterusnya memberi impak positif kepada murid dalam meraikan Hari Raya yang bakal menjelang, insyaAllah.

Kredit gambar: Penolong Kanan HEM Cikgu Mat Nasir bin Ibrahim