Program Sirih Pulang Ke Gagang

Pada hari ini telah diadakan "Program Sirih Pulang Ke Gagang" sempena kecemerlangan SPM 2016 di Bilik Mesyuarat jam 9.00 pagi. 

Program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim bersama warga SMKBS, sebagai satu motivasi bagi murid. Melahirkan generasi SMKBS sebagai generasi profesionalisme dikalangan masyarakat seterusnya melahirkan generasi yang mempunyai daya saing yang tinggi serta berfikiran matang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Rushaidi bin Wahab, Imam Masjid Simpang Rawai, dirasmikan oleh Pegawai Khas ADUN Pengkalan Berangan, Encik Fazli bin Ali dan turut dihadiri Ketua Unit Perhubungan JPNT dan YDP PIBG. 

Alhamdulillah program yang telah diadakan berjalan dengan lancar, semoga murid lebih bersemangat dalam persediaan mereka kearah kecemerlangan SPM pada tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.