Pelancaran Ihya' Ramadan dan Tabung Ramadan SMKBS

Pada hari ini telah diadakan pelancaran Ihya' Ramadhan dan Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan di Dewan Ibnu Khaldun yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Musolla SMKBS. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Mustaqim murid Tingkatan 5 yang merupakan salah seorang qari yang terbaik di SMKBS. 

Perasmian berlangsung dengan pukulan Yenki ala beduk menandakan masuknya waktu subuh yang lazimnya menandakan puasa telah bermula bagi hari itu. 

Adalah diharapkan warga SMKBS semua menjalani ibadah puasa dengan tekun dan sabar. Semoga dengan program Ihya' Ramadhan ini, amalan-amalan mulia dapat diamalkan secara berterusan sepanjang bulan ramadhan ini. Amiiiin