MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN: PROGRAM BERBUKA PUASA IFTAR JAMIE BERSAMA KELAB KELUARGA DAN PELAJAR-PELAJAR ASRAMA SMKBS 2016/1437H

Alhamdulillah, pada 28 Jun telah diadakan Iftar Jamie di Surau At-Taqwa SMKBS. Majlis ini dianjurkan oleh JPNT dengan kerjasama  pihak Pengurusan dan staf, semua guru dan murid asrama. Program ini bermula seawal pukul 6.30 petang dengan ketibaan Penolong Pengarah Unit Disiplin JPNT En Mat Yusof bin Mat Ali diiringi bersama Tuan Pengetua, En Abu Hasmadi bin Abu Bakar dan YDP PIBG En Rosdi bin Abdullah kemudian disusuli dengan tahlil ringkas diketuai oleh Ustaz Syed Ali dari Badan dakwah dan rohani SMKBS. Kemudian, majlis diteruskan dengan berbuka puasa ala kadar, solat maghrib berjemaah kemudian jamuan makan yang istimewa dari kelab keluarga SMKBS. 

Kami warga SMKBS mengucapkan setinggi penghargaan kepada En Mat Yusof dari JPNT Atas keprihatinan beliau hadir ke majlis kami dalam program yang telah diadakan dan tahniah kepada Ustaz Che Wan Adnan atas usaha beliau dalam menganjurkan aktiviti tahunan ini. Kami berharap agar program seperti ini akan dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi menyuntik semangat murid dalam penghayatan berterusan di bulan ramadhan, insyaAllah.