MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN: PROGRAM BERSAHUR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR ASRAMA SMKBS 2016/1437H

Alhamdulillah, pada hari ini telah diadakan Program Qiyamullail, Sahur dan Solat Subuh Berjemaah di asrama SMKBS. Majlis ini dianjurkan oleh JPN dengan kerjasama  pihak Pengurusan, pihak warden dan semua murid asrama.  Program ini bermula seawal pukul 3.30 pagi dengan zikir munajat diketuai oleh unit Dakwah Ustaz Che Wan Adnan bersama penolong kanan HEM, Cg Mat Nasir, Ketua Bidang Votek Cg Juhari dan warden yang turut serta iaitu Cg Khairul dan Cg Alya. Kemudian, solat sunat taubat dan solat tahajjud diadakan seterusnya diiringi dengan alunan doa keinsafan. 

Majlis diteruskan dengan ketibaan Tuan Haji Ngah bin Bidin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNT bersama keluarga bagi program sahur bersama warga SMKBS dan PIBG juga turut bersama menyerikan majlis pada hari ini dengan ketibaan Puan Suriani Salleh. Majlis kemudian disusuli dengan ucapan ringkas sebelum sahur dan solat subuh berjemaah. 

Kami warga SMKBS mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ngah bin Bidin atas keprihatinan beliau kepada kami dalam program yang telah diadakan. Kami berharap agar program seperti ini akan dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi menyuntik semangat murid dalam persediaan ke arah mencapai kecemerlangan yang berterusan di dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah yang positif di kalangan warga SMKBS, insyaAllah.