#MalaysiaNgaji 1 Jam Bersama Al-Quran

Program Satu Jam Bersama Al-Quran #MalaysiaNgaji dijalankan secara serentak bersama program temu murni bagi murid tingkatan 1, 2 dan 4 yang telah diadakan di Surau At-Taqwa anjuran Badan Dakwah dan Musolla SMKBS. 

Program ini diadakan di seluruh Malaysia dan disertai warga SMKBS bertujuan bagi membudayakan bacaan Al-Quran dan mencapai sasaran 'Ihya Ramadan di SMKBS. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat semoga usaha murni ini diberkati Allah hendaknya. Amiiiin

Kredit gambar: Tn Hj Shallahuddin Abdullah