MAJLIS IFTAR BERSAMA PENSYARAH UUM ANJURAN PPD MARANG

Alhamdulillah hari ini warga Asrama SMKBS menerima tetamu dari Universiti Utara Malaysia dalam Majlis Iftar bersama Murid Asrama yang dijalankan dengan usahasama En Iruan bin Jusoh anjuran PPD Marang. Tujuan majlis ini diadakan ialah bagi pendedahan kepada murid terhadap pendidikan di Universiti dan manfaat yang diperolehi dalam mencorakkan masa depan murid SMKBS. 

Majlis turut diserikan lagi oleh Tuan Pengetua, Penolong Kanan HEM dan Warden dan majlis diteruskan dengan ucapan dan peringatan oleh Dr Nabisah Ibrahim dan Dr Siti Rozaina Kamsani. Warga SMKBS merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas kesudian Dr Nabisa dan Dr Siti Rozaina hadir bagi bersama-sama warga Asrama dalam Iftar yang diadakan pada hari ini. Kami berharap agar murid-murid SMKBS akan dapat menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia, InsyaAllah.