Majlis Berbuka Puasa Bersama Murid Sasaran STPM, SPM dan PT3

Majlis berbuka puasa telah diadakan pada hari ini di Hotel Seri Malaysia Marang bersama harapan SMKBS dalam peperiksaan STPM, SPM dan PT3. 

Majlis ini dihadiri bersama Tuan Pengetua dan pihak pengurusan SMKBS bersama 4 murid STPM, 10 murid SPM dan 10 murid PT3. Pihak SMKBS komited dalam menghargai pencapaian murid dan sentiasa bersama-sama dalam merealisasikan impian murid dalam memperoleh kejayaan di dalam peperiksaan yang akan datang. Semoga kejayaan berpihak kepada kita semua, InsyaAllah..