Lawatan Penanda Aras dari SMK Dato' Kamarudin Perak

Pada 2 Jun 2016 SMKBS menerima kunjungan dari SMK Dato' Kamarudin sebagai Lawatan Penanda Aras Asrama bagi persiapan ke arah Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat Kebangsaan (ASAT). Lawatan ini merupakan salah satu pelaksanaan sasaran ke arah mencapai "Perak Excellent" anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 

Kami berbesar hati dan teruja atas lawatan yang dilaksanakan dan mengucapkan terima kasih kepada warga SMK Dato' Kamarudin dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau aktiviti yang boleh dijalankan antara asrama kita. Tahniah diucapkan kepada semua.