KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN GRAND PRIX 1MALAYSIA PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA - BERPASUKAN WANITA

Pada kejohanan kali ini yang dibimbing oleh Cikgu Kamal Tikah, Pasukan Terengganu B terdiri dari murid SMKBS berjaya sampai ke suku akhir. Pasukan Terengganu A terdiri dari ex-student SMKBS pula berjaya ke separuh akhir. 

Dari prestasi permainan kali ini, kita yakin bahawa pasukan dari sekolah kita berpotensi melakar nama di Kejohanan SUKMA nanti. Kami warga SMKBS mendoakan kecemerlangan yang terbilang untuk mereka, InsyaAllah.