Kamar Impianku istimewa Ramadan dan Syawal anjuran Biro Asrama SMKBS

Bersempena menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang, Biro Asrama SMKBS dengan kerjasama Mantan Biro Asrama SMKBS telah mengadakan "Kamar Impianku" istimewa sempena Ramadan dan Aidilfitri bagi meraikan keduanya. 

Dalam program Kamar Impianku ini semua bilik diberi penilaian berdasarkan kekemasan, kebersihan dan keceriaan masing-masing. Semua penilaian dilaksanakan oleh Mantan Biro Asrama bersama Biro Asrama SMKBS. Dalam program ini murid juga didedahkan dengan teknik dan kreativiti dalam menghias dan menceriakan dorm masing-masing. 

Segala bentuk keceriaan adalah merupakan inisiatif dari murid asrama sendiri. Warga SMKBS merasa begitu teruja dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Mantan Biro
Asrama yang turut sudi bersama menjayakan Kamar Impianku pada kaki ini dalam persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelang semoga kita semua dapat meraikan lebaran ini dengan penuh bermakna.