Iftar Santai Asrama SMKBS

Pada hari ini murid asrama berpeluang untuk Iftar Santai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu bersama dengan pihak pengurusan dan AJK Asrama SMKBS bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama PPD, PIBG, guru serta murid asrama. Majlis pada hari ini juga diserikan oleh kehadiran Pegawai PPD merangkap Kaunselor Angkat Asrama, En Iruan dan wakil dari PIBG SMKBS, Pn Suriani. 

Kami warga SMKBS sangat berbesar hati kerana dapat menjayakan program Iftar pada kali ini. Kami berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi pada bulan Ramadhan tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengurusan dan semua murid asrama SMKBS.