Iftar bersama Mantan Biro Asrama SMKBS

Majlis berbuka puasa bersama Mantan Biro SMKBS telah diadakan bagi mengeratkan silaturahim bersama biro yang telah menabur jasa dan bakti dalam memastikan asrama SMKBS cemerlang pada hari ini. 

Warga SMKBS merakamkan setinggi penghargaan bagi mantan biro asrama SMKBS yang sentiasa dekat bersama murid-murid dan bertindak sebagai fasilitator dalam program yang diadakan oleh asrama SMKBS. Diharapkan selepas ini lebih banyak lagi program dengan kerjasama mantan biro dapat dijalankan demi meningkatkan kemenjadian sahsiah murid dan mewujudkan persekitaran asrama yang harmoni di SMKBS, InsyaAllah.