Program Perkongsian Pintar dan MOU antara PPD dan Sekolah

Pada minggu ini telah diadakan satu Program yang paling berprestij di SMKBS kerana ia melibatkan Perkongsian Pintar PT3 di antara 4 buah sekolah iaitu SMK Bukit Sawa, SMK Durian Guling, SMK Lembah Bidong dan SMK Imtiaz.

Majlis ini juga turut mengikat kerjasama yang tidak berbelah bahagi antara PPD Marang, PPD Kuala Terengganu dan PPD Setiu. Majlis ini turut disaksikan oleh Tuan Haji Matsor bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Semoga program ini membuka lembaran baru di antara kerjasama yang erat terjalin merentasi daerah demi untuk memantapkan lagi kecemerlangan akademik di negeri Terengganu.