Senamrobik Hari Guru Bersama Komuniti

Pada pagi ini SMKBS berpeluang untuk bersama dengan YB A Latiff bin Awang Exco Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Terengganu bersama sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Marang, dan Kelab Warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bagi program Senamrobik di Dataran Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Kami warga SMKBS berbesar hati dapat bersama-sama YB dan semua pengurusan pendidikan negeri Terengganu dalam program yang meriah ini. Diharap program seumpama in dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.