Lawatan dari SMK Dato' Maharaja Lela, Perak

Pada 29 Mei 2016 SMKBS menerima kunjungan lagi dari SMK Dato' Maharaja Lela sebagai Lawatan Penanda Aras Asrama bagi persiapan ke arah Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat Kebangsaan (ASAT). Dalam lawatan ini diadakan perkongsian pintar dalam menjalin silaturahim dalam usaha ke arah kecemerlangan asrama dalam pelbagai aspek untuk mencapai ke tahap yang lebih baik. 

Kami berbesar hati dan teruja atas lawatan yang dilaksanakan dan mengucapkan terima kasih kepada warga SMK Dato' Maharaja Lela dan berharap akan dapat ke sana dalam berkongsi idea dan penerokaan aktiviti baru bagi asrama kami, insyaAllah.